Part 3
Assalamualaikum dan hai semua :D
19/4/2014
GREAT WALL OF CHINA – MUTIANYU, BEIJING
Perjalananku ke timur diteruskan juga hari ini, pagi-pagi
lagi kami pon bersiap-siap untuk pergi ke Great Wall of China. Wah tempat yang
paling epic yang pernah ku pergi hehe dengar cerita orang-orang cina cerita
“bukan lelaki kalau pergi ke Beijing tidak mendaki tembok besar China” haha
tetapi kalau difikirkan memang rugi kalau pergi ke Beijing tidak melawat Great
wall of China. Memang tak sah la. Perjalanan kami kali ini menggunakan sekali
lagi khidmat tourist guide yang tak pandai cakap English -_- .
 |
bersemangat dan mengantukkan awal pagi |
 |
beijing highway le tour to greatwall |
 |
sifu lu mau pegi mana?? |
 |
wah cantikknya |
Perjalanan kami memakan masa hampir 1 jam setengah di Great
Wall of China pintu masuk Mutianyu, beijing. Pemandangan yang kami lalui memang
sungguh indah dan mengasyikkan. Bertambah seronok pula aku duduk di hadapan
memang best la tengok apek tourist guide bawak calm and memang steady haha.
Kadang-kadang dia pasang lagu Bahasa mandarin. Tak faham lagu apa yang dia
pasang layan je lah. Perjalanan ini juga agak meriah dengan ditemani oleh adik
member and the gang dia.
Setelah tiba di kawasan tersebut, aku berkobar-kobar ingin
memanjat tembok besar china yang famous tu. Perasaan “Super Teruja”. Di bawah
ada kedai-kedai cenderamata, buah-buahan,jeruk-jerukan, baju dan lain-lain.
Simpan duit dulu lah haha beli semua benda tu hari akhir di Beijing
Akhinya sampai ke pintu masuk Great Wall of China, jangan
lupa beli tiket nanti tak boleh masuk harganya 45yuan (harga pakej student)
“thanks BLCU student hehe”. Paling best cable car ada tempat duduk dan besi
pemegang mau tak gayat kalau naik “Super Gayat”. Ak teringin gak nak merasa.
Rasa nak mencabar kami pilih untuk mendaki. Tinggi jugak kami mendaki kalah
bukit brogan kat semenyih tu. Huuuu memang ohsem pemandangan ketika mendaki
udara nyaman. Peh memang “Super Nostalgia” Subhanallah memang cantik ciptaan
tuhan :D terpesona dan terpegun. Setelah penat mendaki menaiki tangga ke Great
Wall usaha kami memang membuahkan hasil hehe. Penat jugak la dahaga beb. Air
pulak mahal kat sini 10 yuan 5 kali ganda haha aku ngan member berkongsi la
cutting seorang 5 yuan akhirnya dapat meneguk air gup gup..
 |
ic lesen kad id ade?? |
 |
berselfie dengan bro shahid |
 |
berselfie lagi aiya... bila nak sampai.. bro qayyum layan |
 |
ladies first yer.. kami jadi guard yang gagah perkasa |
 |
ramai yang ada di sini |
 |
ait sape tangkap sape |
 |
nak buat vandalisme ke?? |
 |
jangan main api nanti buruk padahnya |
Kami pun mulakan perjalanan berjalan di atas great wall wah
memang “super kagum” lah teknologi diorang bina boleh bertahan sampai sekarang.
Panjangnya greatwall ni 8851.8 km sempat tengok kat internet mak aihhh rujuk kat sini
klik greatwall . Dengar
cerita kalau berjalan dari mula sampai penghujung memakan masa 3 tahun.
Wallualam
Cerita yang kurang sedap : bila kami cerita pasal Malaysia
je orang pandang je macam tak puas hati. Jadi kami pon cover la supaya jangan
cakap perkataan Malaysia walaupun terkantoi hehe. Member aku ditanya “ you are
from Malaysia or Singapore” mau tak kecut perut member aku tu kalau cakap
Malaysia habis la jadi terpaksa berlagak cam orang Singapore haha takut lah
kekecohan melanda.
 |
kenangan bersama van yg berjasa di Beijing |
 |
ini la die tourguide kami.. hensem kan?? nak sain cam pelakon kungfu |
Setelah berjam-jam dan puas di atas kami pun turun. Ingat
nak menggelongsor je dari atas ke bawah baru extreme tetapi hujan rintik-rintik
membantutkan niat aku lagipun member aku macam takut je haha.
QIANAMEN STREET
 |
cuaca cerah langit nan biru kebiruan |
Tibalah masa untuk ke Qianamen street untuk merasa membeli
belah macam rakyat china sini. Ramai juga orang kat sini membeli belah. Kualiti
udara bersih tak berjerebu sebab baru lepas hujan cuaca pun cerah memang “Super
Perfect”.
 |
musim bunga di bandar |
 |
selfie lagi.. cantik tmpat |
 |
serious bro.. agak2 lu langsi lu mati gua tailong haha |
 |
tram yang unik |
 |
Qayyum begitu gembira setelah bergambar di tram |
 |
nie la street macam filem kung fu |
 |
laparnya nak makan nak makan.. singgah sat noh |
 |
masakan bersayur dan masin peh |
 |
makan dulu yer |
 |
kaki pon bergambar.. jejak kaki aku di qianamen |
 |
akhirnya shahid mendapat tangkap gambar dengan tren setelah kena tinggal huhu |
 |
sibuk je orang china tu nak interprame |
Kelaparan melanda, kami pun cari la tempat makan kat street
belakang Qianamen street best gak kat sini macam jalan-jalan kt lorong cerita
kunfu cina memang sebijik. Akhirnya ketemu jua. Kedai makannya agak pelik ada
chef dan seorang pekerja tetapi boleh handle ramai customer. Tengok setiap
kedai diorang hanya serve makanan sahaja minuman taka da rasa memang budaya
diorang kot. Kalau tercekik macam mana karang tak pasal-pasal arwah haha.
Setelah kenyang, jam menunjukkan waktu sembahyang jadi kene
cari la tempat sembahyang nak cari surau jangan mimpi la diorang provide surau
kat sini. Adik member cakap diorang sembahyang kat mana-mana sahaja dengan
syarat seorang jaga dan tempat tertutup. Kalau sembahyang ditempat terbuka
security dan polis China tak bagi. Pernah kot pelajar kena tangkap bawa kat
balai semata-mata sebab sembahyang adoi orang China ni memang teruk tetapi
diorang usir atau tangkap selepas kita habis sembahyang. Kami pon sembahyang di
kawasan tangga street mall memandangkan tiada orang lalu di situ.
ACROBATIC SHOW
Haa satu lagi tour guide kami punya kerja bawak kami ke
tempat acrobatic show dah la tiket mahal kami memang tak nak tetapi tour guide
dah pon beli adoi tour guide dapat commission ler tu. Tempat tersebut kat
tengah Bandar
 |
ke destinasi berikutnya |
 |
wah hoyei hoyei |
 |
menara cctv china |
 |
tengok ape yer qayyum |
 |
selfie lagi huhu.. |
Dalam perjalanan memang best la tengok banyak menara
pencakar langit yang unik-unik tetapi tak la tinggi macam kat Shanghai dang
Hong Kong. Yang paling unik menara CCTV china bentuk pelik tetapi semart haha
 |
motor cross |
 |
pusing jangan tak pusing |
 |
amoi dengan payung-payungnya |
Pukul 5 tiket kami so apa lagi enjoy. Style tempat opera dia
macam panggung wayang siap ada popcorn lagi kelas kau jah. Member adik member
berlanja kami popcorn sekali lagi terima kasih :D xie xie nip eh cakap cina.
memang best gak tengok diorang wat acrobatic pada mulanya memang kami tak minat. tetapi layan gak la hehehe hampir sejam juga lah acrobatic show tu..
IBU KOTA BEIJING
aku tak melepaskan peluang untuk bergambar di sekitar ibu kota beijing. tempat memang best dan cool
 |
gambar agak kabur lah |
 |
menyusuri kesakan ibukota beijing |
 |
ape yang korang bincangkan |
 |
smileeee |
 |
ada macam orang sini?? |
 |
qayyum pandai posing |
THE EGG
 |
BEIJING NATIONAL GRAND THEATER |
padam harinya kami singgah the Egg satu mercu tanda kemegahan China khasnya Beijing. tempat ini memang tersohor dengan opera tempatan dan international macam sydney opera house wah... tempat ini di panggil The Egg atau
Beijing National Grand Theatre. boleh rujuk di klik kat sini
Wong Fu Jin
tempat ini memang terkenal dengan makanan pelik dan ofkos memang rare la.. tmpat china memang lah haram di makan.. bau kat sini pelik dan macam-macam. shahid dan qayyum tak tahan tengok makanan eksotik ni. diorang kejap je tengok pastu pergi jauh dari tempat ini haha.
 |
mai mai singgah lai lai murah murah |
 |
juadah yang menggelikan |
 |
macam bazar ramadhon |
aku sempat bergambar di sekitar Wong Fu Jin.. di tempat ini malamnya memang hidup dan bertenaga hehe mungkin malam minggu kot
 |
Aku lah polis yang berwibawa hehe |
 |
menanti rakan-rakanku |
 |
ceh forever 21.. hurmm aku da umur tuuuutt patutnya forever young haha |
 |
macam kt Ginza di Tokyo pulak rasanya |
 |
udara sejuk dan best |
Setelah berjalan-jalan sana sini tiba masanya pulang ke hotel huhu penat dan gembira...