Friday 25 April 2014

Kembara ke Beijing part 1






Assalamualaikum dan Hai Semua
Alhamdulillah, tahun 2014 adalah tahun yang permulaan yang baik untuk berblogger hehe.. Memandangkan pengalaman ni sungguh indah aku nak berkongsilah serba sedikit perjalanan dan bajet aku yang serba kekurangan dan sepintas lalu ibarat musafir berehat meneguk air di pohonan rimbun lalu menyambung perjalanannya aku dengan berbeso hati nak berkongsi. So Sekurang-kurangnya korang dah boleh plan siap-siap untuk ke Beijing China. Sebelum aku berstory telling mengenai bajet ke China, meh ler aku cerita sikit la perjalanan aku time sebelum dan semasa bercuti di China.


SEBELUM KE CHINA

Aku sebenarnya memang nak pergi tempat yang jauh-jauh hmm memang hobi ak nih berjalan je kerjanya. Plan ke Beijing bermula hanya bualan kosong bak kata sinetron omong omong kosong saja.
Aku pon rajin gak la tengok kat Air Asia punyer page kot2 ada murah ternyata jumpa RM625 return jatuh pada cuti semester yang panjang tambahan pula member ada adik sedang melanjutkan di menara gading iaitu Beijing Language and Culture University (BLCU) di Haidian, Beijing. Membuatkan kami yakin seyakin yakinnya untuk pergi kesana. Kalau tak memang payah la Bahasa Mandarin pon sepatah haram tak tau hehe. Kami menempah tiket 6 bulan lebih awal untuk dapat tiket murah.
doa yang terbaik buat Mangsa MH370 


Pada mulanya, kami merancang untuk ke Beijing 4 orang tup tap sorang tak boleh pergi sebab ayahnya mengajak pergi ke Amsterdam atas urusan tertentu.. berkurang la sorang huhu tinggal 3 orang. Bertambah rumit pula isu kehilangan MH370 yang masih hangat diperkatakan di seluruh dunia dan menjadi topic hangat di China. Aku memikir gak diorang nie nak pergi tak takut tak jadi je. Aku memang bersemangat kerana aku yakin hidup ajal ketentuan Ilahi.. diorang pon ok jer Alhamdulillah dapat pergi gak menjejak kaki tangan ke Beijing, China.



TEMPAHAN TIKET, VISA DAN LAIN-LAIN

visa ke china RM85

Tiket pergi




Tiket da beli kat Air Asia X pada 17 April hingga 23 April, Kitorang memohon visa untuk ke China di jalan Tun Razak, Kuala Lumpur di sebelah ‘Bank of China’. Pada mula ingat nak buat visa kat embassy dia skali salah da diorang separate tempat mungkin tak nak bagi sesak kot.. ramai gak gi China nie.. berniaga n jenjalan.. untuk ke China anda memang kena visa so kitorang mohon  dikenakan RM 85 kalau ngan travel agent memang sah kene cekap hehe save2 duit aku.. kalau nak instant visa mahal RM 200++ Aritu gak siap.. memang digalakkan buat visa awal takut jadi kucar kacir nanti. nak tau pasal visa boleh layari visa china
duit china ak tukar kat kajang sana murah tukarannya 1yuan= RM0.528

Pakcik kaya raya haha


hotel simkad n lain-lain diuruskan oleh adik member thanks adik member and da gang

china mobile
china mobile mmg hampeh lembab ,tak boleh 3G.. arap ada 4G hurmmmm..  satu lagi website FB,Twitter,instagram, youtube mmg kene block prepare la sape yg gi sne kesukaran xde benda yg penting.. tetapi jgn risau yg diblock boleh di unblock.. 


bersambung part 2 heheh

No comments:

Post a Comment