Wednesday 30 April 2014

kembara beijing part 3

Part 3
Assalamualaikum dan hai semua :D

19/4/2014

GREAT WALL OF CHINA – MUTIANYU, BEIJING
Perjalananku ke timur diteruskan juga hari ini, pagi-pagi lagi kami pon bersiap-siap untuk pergi ke Great Wall of China. Wah tempat yang paling epic yang pernah ku pergi hehe dengar cerita orang-orang cina cerita “bukan lelaki kalau pergi ke Beijing tidak mendaki tembok besar China” haha tetapi kalau difikirkan memang rugi kalau pergi ke Beijing tidak melawat Great wall of China. Memang tak sah la. Perjalanan kami kali ini menggunakan sekali lagi khidmat tourist guide yang tak pandai cakap English -_- .

bersemangat dan mengantukkan awal pagi

beijing highway le tour to greatwall

sifu lu mau pegi mana??

wah cantikknya




Perjalanan kami memakan masa hampir 1 jam setengah di Great Wall of China pintu masuk Mutianyu, beijing. Pemandangan yang kami lalui memang sungguh indah dan mengasyikkan. Bertambah seronok pula aku duduk di hadapan memang best la tengok apek tourist guide bawak calm and memang steady haha. Kadang-kadang dia pasang lagu Bahasa mandarin. Tak faham lagu apa yang dia pasang layan je lah. Perjalanan ini juga agak meriah dengan ditemani oleh adik member and the gang dia.
Setelah tiba di kawasan tersebut, aku berkobar-kobar ingin memanjat tembok besar china yang famous tu. Perasaan “Super Teruja”. Di bawah ada kedai-kedai cenderamata, buah-buahan,jeruk-jerukan, baju dan lain-lain. Simpan duit dulu lah haha beli semua benda tu hari akhir di Beijing

Akhinya sampai ke pintu masuk Great Wall of China, jangan lupa beli tiket nanti tak boleh masuk harganya 45yuan (harga pakej student) “thanks BLCU student hehe”. Paling best cable car ada tempat duduk dan besi pemegang mau tak gayat kalau naik “Super Gayat”. Ak teringin gak nak merasa. Rasa nak mencabar kami pilih untuk mendaki. Tinggi jugak kami mendaki kalah bukit brogan kat semenyih tu. Huuuu memang ohsem pemandangan ketika mendaki udara nyaman. Peh memang “Super Nostalgia” Subhanallah memang cantik ciptaan tuhan :D terpesona dan terpegun. Setelah penat mendaki menaiki tangga ke Great Wall usaha kami memang membuahkan hasil hehe. Penat jugak la dahaga beb. Air pulak mahal kat sini 10 yuan 5 kali ganda haha aku ngan member berkongsi la cutting seorang 5 yuan akhirnya dapat meneguk air gup gup..

ic lesen kad id ade??


berselfie dengan bro shahid

berselfie lagi aiya... bila nak sampai.. bro qayyum layan

ladies first yer.. kami jadi guard yang gagah perkasa

ramai yang ada di sini

ait sape tangkap sape


nak buat vandalisme ke??

jangan main api nanti buruk padahnya


Kami pun mulakan perjalanan berjalan di atas great wall wah memang “super kagum” lah teknologi diorang bina boleh bertahan sampai sekarang. Panjangnya greatwall ni 8851.8 km sempat tengok kat internet mak aihhh rujuk kat sini klik greatwall . Dengar cerita kalau berjalan dari mula sampai penghujung memakan masa 3 tahun. Wallualam
Cerita yang kurang sedap : bila kami cerita pasal Malaysia je orang pandang je macam tak puas hati. Jadi kami pon cover la supaya jangan cakap perkataan Malaysia walaupun terkantoi hehe. Member aku ditanya “ you are from Malaysia or Singapore” mau tak kecut perut member aku tu kalau cakap Malaysia habis la jadi terpaksa berlagak cam orang Singapore haha takut lah kekecohan melanda.



kenangan bersama van yg berjasa di Beijing

ini la die tourguide kami.. hensem kan?? nak sain cam pelakon kungfu

Setelah berjam-jam dan puas di atas kami pun turun. Ingat nak menggelongsor je dari atas ke bawah baru extreme tetapi hujan rintik-rintik membantutkan niat aku lagipun member aku macam takut je haha.

QIANAMEN STREET 
cuaca cerah langit nan biru kebiruan

Tibalah masa untuk ke Qianamen street untuk merasa membeli belah macam rakyat china sini. Ramai juga orang kat sini membeli belah. Kualiti udara bersih tak berjerebu sebab baru lepas hujan cuaca pun cerah memang “Super Perfect”.

musim bunga di bandar

selfie lagi.. cantik tmpat

serious bro.. agak2 lu langsi lu mati gua tailong haha

tram yang unik

Qayyum begitu gembira setelah bergambar di tram 

nie la street macam filem kung fu

laparnya nak makan nak makan.. singgah sat noh 

masakan bersayur dan masin peh

makan dulu yer



kaki pon bergambar.. jejak kaki aku di qianamen

akhirnya shahid mendapat tangkap gambar dengan tren setelah kena tinggal huhu


sibuk je orang china tu nak interprame

Kelaparan melanda, kami pun cari la tempat makan kat street belakang Qianamen street best gak kat sini macam jalan-jalan kt lorong cerita kunfu cina memang sebijik. Akhirnya ketemu jua. Kedai makannya agak pelik ada chef dan seorang pekerja tetapi boleh handle ramai customer. Tengok setiap kedai diorang hanya serve makanan sahaja minuman taka da rasa memang budaya diorang kot. Kalau tercekik macam mana karang tak pasal-pasal arwah haha.
Setelah kenyang, jam menunjukkan waktu sembahyang jadi kene cari la tempat sembahyang nak cari surau jangan mimpi la diorang provide surau kat sini. Adik member cakap diorang sembahyang kat mana-mana sahaja dengan syarat seorang jaga dan tempat tertutup. Kalau sembahyang ditempat terbuka security dan polis China tak bagi. Pernah kot pelajar kena tangkap bawa kat balai semata-mata sebab sembahyang adoi orang China ni memang teruk tetapi diorang usir atau tangkap selepas kita habis sembahyang. Kami pon sembahyang di kawasan tangga street mall memandangkan tiada orang lalu di situ.


ACROBATIC SHOW


Haa satu lagi tour guide kami punya kerja bawak kami ke tempat acrobatic show dah la tiket mahal kami memang tak nak tetapi tour guide dah pon beli adoi tour guide dapat commission ler tu. Tempat tersebut kat tengah Bandar
ke destinasi berikutnya

wah hoyei hoyei

menara cctv china


tengok ape yer qayyum

selfie lagi huhu..




Dalam perjalanan memang best la tengok banyak menara pencakar langit yang unik-unik tetapi tak la tinggi macam kat Shanghai dang Hong Kong. Yang paling unik menara CCTV china bentuk pelik tetapi semart haha
motor cross 

pusing jangan tak pusing

amoi dengan payung-payungnya


Pukul 5 tiket kami so apa lagi enjoy. Style tempat opera dia macam panggung wayang siap ada popcorn lagi kelas kau jah. Member adik member berlanja kami popcorn sekali lagi terima kasih :D xie xie nip eh cakap cina.
memang best gak tengok diorang wat acrobatic pada mulanya memang kami tak minat. tetapi layan gak la hehehe hampir sejam juga lah acrobatic show tu..





IBU KOTA BEIJING
aku tak melepaskan peluang untuk bergambar di sekitar ibu kota beijing. tempat memang best dan cool

gambar agak kabur lah

menyusuri kesakan ibukota beijing

ape yang korang bincangkan

smileeee

ada macam orang sini??

qayyum pandai posing

THE EGG
BEIJING NATIONAL GRAND THEATER


padam harinya kami singgah the Egg satu mercu tanda kemegahan China khasnya Beijing. tempat ini memang tersohor dengan opera tempatan dan international macam sydney opera house wah... tempat ini di panggil The Egg atau Beijing National Grand Theatre. boleh rujuk di klik kat sini
kenangan kami bertiga

bergambar sakan penulis nie

perkarangan the egg
next station.....
Wong Fu Jin
tempat ini memang terkenal dengan makanan pelik dan ofkos memang rare la.. tmpat china memang lah haram di makan.. bau kat sini pelik dan macam-macam. shahid dan qayyum tak tahan tengok makanan eksotik ni. diorang kejap je tengok pastu pergi jauh dari tempat ini haha.


mai mai singgah lai lai murah murah

juadah yang menggelikan



macam bazar ramadhon




 aku sempat bergambar di sekitar Wong Fu Jin.. di tempat ini malamnya memang hidup dan bertenaga hehe mungkin malam minggu kot


Aku lah polis yang berwibawa hehe

menanti rakan-rakanku


ceh forever 21.. hurmm aku da umur tuuuutt patutnya forever young haha


macam kt Ginza di Tokyo pulak rasanya
udara sejuk dan best

Setelah berjalan-jalan sana sini tiba masanya pulang ke hotel huhu penat dan gembira...


bersambung part 4....