Thursday 8 May 2014

kembara beijing part 4


Assalamualaikum dan hai semua :D

TRIP BEIJING-TIANJIN 20/4/2014


Pagi ini diteruskan lagi perjalanan. Memandangkan kami beria-ria dan berjiwa kelajuan, Bullet Train lah jawabnya haha. China mempunyai rangkaian bullet train terpanjang di dunia 2298km rujuk sini klik sini  Beijing-Guangzhou walawei.Destinasi ke kami menggunakan bullet train ini adalah ke Tianjin salah satu ibu kota besar di China dan ia dikawal oleh kerajaan pusat China Beijing rujuk sini. Memandangkan Adik Shahid and da gang tak dapat join sekali perjalanan ini Juniornya Afiq Che Lah yang berasal dari Kota Bharu,kelate pelajar tahun pertama jurusan Beijing Language and Cultural University (BLCU) akan menemani perjalanan merentas hutan besi BEIJING-TIANJIN.



kopi memang ada umppph..


sempat bergambar dengan kopi

ruang legar beijing bullet train


Perjalanan kami bermula di Beijing central Railway, rasa haus pulak nak pekena kopi pon sodap kami singgah di restoran Western Mahua banyak juga cawangan diorang kat sini..  perut pon suka hati apa lagi terus ke pintu masuk departure bullet train.....



bullet train pon da sampai

bergambar kenangan bersama bullet train

canggih manggih
Dalam train, tempat duduk kemas dan teratur meskipun 2nd class je..
shahid kelihatan sungguh feel dalam train

aku sungguh gembira berada dalam train


Dalam perjalanan, aku terpegun dengan keindahan bumi ciptaan Allah yang maha esa di bumi China





jambatan yang unik, rakyat china memang suka buat jambatan agaknya






Kelajuan hampir 300 km/j kami sampai di Tianjin dalam kurang 40 minit, sungguh laju dan dahsyat. Bila la agaknya bullet train ni wujud di Malaysia hmmm...

TIANJIN AKU DATANG



Sudah sampai di stesen Tiajin


kelihatan gembira sudah sampai
kami disambut oleh Pelajar Master jurusan mandarin di universiti Tianjin bro Herman warganegara Thailand lahir di Sungai Golok.Dia fasih berbahasa Thai,Melayu dan Mandarindia memang sempoi banyak perkara di tau tentang Bandar Tianjin.

Tianjin adalah sebuah bandar tinggalan zaman kolonial penjajah seperti Italy, Austria, dan sebagainya. Bandar ini kurang sesak berbanding Beijing yang penuh umat manusia. Menurut Bro Herman, Warga China tidak suka tempat ini kerana kesan pahit dari penjajahan masih segar dalam ingatan mereka.. wah ayat berpuitis.

kami berpusing-pusing sekitar sungai Tianjin, permandangan futuristik dan cantik. Cuaca di sini agak panas berbanding beijing. tetapi walaupun cahaya matahari terik angin dan suhu memang sejuk seolah-olah cahaya matahari tidak terkena kat kami



Jam Yang Unik



bergambar di atas Jambatan


banyak jambatan yang unik seperti di Putrajaya

ibarat di Pulau Nami Korea haha

sungguh hijau






kami menghampiri kawasan bandar eropah wah aku dah sampai italy
Italian Style Town


pengaruh seni bina eropah

tugu marco polo

kebanyakan tinggalan eropah dibaiki semula dan digunakan setelah tinggal ada menjadi bank, kedai-kedai dan sebagainya. semasa bersiar-siar ada pula amoi mintak tolong nak minta kad busines dan bergambar.. hebat betul kami nie haha diorang dari universiti tempatan tengah membuat kerja khusus
inilah hasilnya cun tak????

setelah itu, kami pergi ke Chinese characteristic comercial street orang-orang china nie tak sah kalau tak berniaga
batu bersurat
dari kiri SHAHID,QAYYUM,AKU,AFIQ,BRO HERMAN

aku di perantauan

harimau malaya china

permandangan street yang sesak dengan manusia
setelah itu kami pun kelaparan apa lagi kami naik bas terus makan dan makan dan makan
kedai berhampiran hotel di Tianjin
MASJID TIANJIN
kami ke masjid tianjin untuk menunaikan solat jama' qasar zohor dan asar. seni bina memang unik memang china ke chinaan lah design


suasana tenang 

menara masjid

seperti cerita kungfu Islamik hehe

Alhamdulillah selesai solat


merah itu menawan

tulisan khat yang macam tulisan cina

macam tokong tapi sebenarnya Masjid

ada sapa paham??
sempat bergambar dengan tok imam

BERJALAN KAKI DI BANDAR

jom naik.. haha tengok gelagat pelancong asing mat salleh naik beca

stadium tiajin

Hostel Bro Herman


kami berjalan-jalan berjam-jam di sekitar bandar sambil menikmati udara segar, bro Herman memang arif kat kawasan ni. banyak info kami tahu. wa salute sama lu bro hehe penat jugak berjalan-jalan akhirnya dapat relax kami pergi ke hostel bro Herman. Hostel bro Herman adalah hotel yang diubahsuai jadi penginapan untuk pelajar-pelajar universiti di sini.

setelah rehat-rehat sambil berbual kami meneruskan perjalanan kami ke Menara Tianjin.


MENARA TIANJIN

waktu pon da petang, semua pun da bertenaga semula boleh lah kita berjalan terus ke menara Tianjin ianya dekat je dengan hostel bro Herman


menara tak ubah macam menara kl

tangkap gambar agak jauh =_=

professional punyer tangkap haha

MALAM TIBA UNTUK PULANG

malam pon tiba perut pon berkeroncong mulalah cari makan sebelum tu solat jamak qasar magrib-isyak di masjid berdekatan dan terus pergi ke lorong-lorong gerai makan. Di kedai makan, taun kedai bertanyalah kami ni dari mana. Bro herman pon cakap kami berasal dari Thailand bukannya Malaysia takut banyak cerita pulak. bro herman cakap nahas MH370 melibatkan 8 orang dari Tianjin takut mengganggu sensitiviti mereka
nie lauk n nasi aku.. lauk daging dan banyak lobak



cam sedap je member aku punyer makanan huuu

Setelah kenyang kami pon meluru ke Tianjin Subway Station ke Tianjin Railway station. kami pon mengejar masa disebabkan jam 8 lebih tiket ke beijing pukul 9.25pm



stesen berikutnyya.....

bangunan yang bermandikan cahaya

permandangan malam yang mengasyikkan ditambah alunan muzik jalanan



C.A.N.T.I.K

malam yang penuh warna warni

Tianjin Railway Station Pier



gambar lagi

Sempat untuk tangkap gambar bersama-sama

sebelum nak berlepas baca sat buku nie ha

ok jom gerak sekarang

perjalanan kami berakhir di Tianjin kami pon bergerak menaiki Bullet Train menuju ke Beijing semula. Jutaan Terima kasih dan Jazakallahu Khairan Kathira kepada bro Herman yang sudi untuk meluangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar Tianjin dan tidak dilupa juga afiq yang sudi meluangkan masa dan meneman kami menaiki bullet train ke tianjin. Kami meninggalkan kota Tianjin dengan 1001 kenangan manis yang tidak terhingga. ALHAMDULILLAH impian aku tercapai selama ini untuk menaiki BULLET TRAIN :D

No comments:

Post a Comment