Tuesday 13 May 2014

kembara beijing part 7


Assalamualaikum dan hai Semua :D


HARI TERAKHIR DI BEIJING




23/4/2014
tepat pukul 12 pagi hari ini adalah hari terakhir kaki ku berpijak di bumi Beijing. Sempat aku tempah strawberry dekat adik shahid hehe balik boleh makan. Setelah kami checkout tiba masanya untuk pergi ke lapangan terbang antarabangsa Beijing(Beijing Capital International Aiport) terminal 2. Perasaan aku sebenarnya tak nak balik lagi masih banyak lagi tempat untuk dilawati dan masih banyak perkara yang belum sempat aku pelajari.

perkarangan aiport

terminal 2


Apabila sampai di airport kami cari kaunter air asia untuk check in baggage, kami tak perlu beratur panjang sebab segalanya sudah di check in sendiri di internet hari itu so tak payah susah hehe Kami mengucapkan terima kasih pada adik Shahid dan rakan-rakannya. Member dia bagi kami buah peach terima kasih hehe memang dari hari itu teringin nak makan buah peach akhirnya tercapai.

semasa check in qayyum tersangkut beg dia untuk check in pegawai tu sebut battery battery banyak kali apa yang dia merepek ni dalam hati aku..rupa-rupanya powerbank tak boleh masuk dalam baggage kena bawa dalam cabin ok2 last last semua baggage sudah dibawa masuk :D

ada lagi check point, sebelum itu kenalah check departure card yang telah diisi semasa sampai di beijing dahulu atau boleh diisi semula di sini untuk diserahkan kaunter masuk. Setelah itu, ada check point lagi berapa banyak check point da untuk detect beg bawak ke ke cabin. seperti biasa check badan semua dan bag. aku dan qayyum tersangkut disebabkan powerbank. powerbank itu perlu diasingkan dengan bag cabin dan dua-dua beg dan power bank perlu di scan semula. Ketat betul diorang punyer security mungkin takut bom kot.
shahid sempat menangkap gambar flight yang kami naik

semua sudah check ok boleh lah tunggu di balai pelepasan untuk berlepas. sepanjang menanti pesawat Air Asia aku bertemu dengan 2 keluarga dari Malaysia, seorang pakcik menceritakan pengalaman dia berjalan di Beijing dan negara lain. Dia sudah beberapa kali ke Beijing.


Akhinya, tibalah masa untuk masuk ke flight dalam kul 2 pagi dan berlepas. Semasa aku di dalam flight aku makan nasi pak nasser sedap nasi lemak dia tapi satu je tak cukup. Perjalanan yang jauh lebih 6 jam patut ada time makan 2 kali hehe baru best

Alhamdulillah
kami tiba lebih LCCT, Kuala Lumpur lebih kurang pukul 8 pagi :D Thanks Air Asia X..
setelah itu, kami pun menunggu ke bas ke TBS dengan menaiki Jetbus RM8 sehala setelah sampai ke TBS makan dulu pekena KFC kt beijing tak halal so dapat ubat kerinduan pakcik tua rambut putih colonel sanders. haha lepas kenyang terus kembali ke Uniten :D

SEDIKIT INFO UNTUK PELANCONG

1. SENARAI KEDAI MAKANAN HALAL 
- Western Mohua (banyak cawangan di Beijing) ===> makanan china halal
- Yousufu Restaurant (Haidian) ===> makanan china halal
- Xicheng Fanguan Restaurant (Haidian) ===> sup tulang kambing (hot pot/ steamboat)
- Muslim Food Court Nuijie (Nuijie) ===> pelbagai makanan halal
- Tong Lai Shun Restaurant (Huallian Mall, Haidian) ===> Itik peking (panggang)

2. TEMPAT BERSEJARAH
- Summer Palace ===> Istana lama atas bukit
- Tembok Besar China ===> Terletak di atas bukit, salah satu dari tujuh keajaiban dunia.
- Forbiden City ===> Kota larangan, rumah-rumah lama, pemerintahan lama
- Sekitar Tianjin ===> Tinggalan sejarah daripada barat

3. TEMPAT PELANCONGAN 
- Bird Nest Stadium ===> Stadium negara China
- National Centre for The Performance Art (The Egg) ===> Bangunan berbentuk seperti sebiji telur ayam.
- Qianmen Street ===> Tempat membeli belah, kedai-kedai
- Wong Fu Jing ===> Gerai makanan pelik
- Beijing Botanical Garden ===> Taman bunga
- Bullet Train ===> Kereta api laju ke destinasi sehingga ke Shanghai.
- Beijing Chaoyang Theater Acrobatics ===> Teater akrobatik


4. MASJID
- Masjid Nuijie ===> Kawasan penduduk Islam Beijing
- Masjid Tianjin ===> Kawasan penduduk Islam di Tianjin
  
5. PUSAT MEMBELI BELAH
- Huallian Mall ===> Pusat membeli belah di Haidian
- Forever 21 ===> Pusat membeli belah di Beijing.
- Hai Long Building, Zhong Guan Chun, Haidian ===> Pusat menjual gadget-gedget elektronik seperti di Low Yatt Malaysia.
- Hongqiao Market ===> Pusat membeli belah barangan China, banyak menjual barangan tiruan yang berkualiti.

- Yonganli Silk Market ===> Pusat membeli belah menjual sutera, batu jed, mutiara dan lain-lain.


Credit daripada blog anakjatimuar.blogspot.com member aku Shahid " Anak Bugis Melayu klik sini" terima kasih kawan :D 
Next Time aku akan cerita proses membuat visa, bajet sepanjang disana di Part 8 stay tuned yer :D


DISINI SAYA BERBESAR HATI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA KEPADA

Norul Sahidah & Rakan-Rakan
Bro Herman, Afiq dan Rakan-Rakan
Pelajar-Pelajar Beijing Language and Cultural University
Tourguide apek
Hotel Home Inn, Haidian Beijing
Shahid (pemilik blog anakjatimuar.blogspot.com) member aku
Qayyum member aku
Air Asia X www.airasia.com
JetBus
Pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak secara langusng

KREW-KREW PENERBANGAN MALAYSIA KE BEIJING
IZWAN YUSOP

QAYYUM

SHAHID






2 comments:

  1. Wah menarik ending blog...hehe nama adik aku norul sahidah...bkn shahidah..haha

    ReplyDelete
  2. ok2 bro noted ak tukar hahaha relax dlu bro bukan ending lg ada part tambahan

    ReplyDelete