Monday 12 May 2014

kembara beijing part 6

Assalamualaikum dan hai semua :D




22/4/2012


Masa berlalu agak pantas tak sedar hari ini adalah last day aku kat Beijing sob sob walaupun begitu aku akan terus perjalanan di china ini di hari hari terakhir sebak haha... musim bunga di Beijing tak sah kalau tak tengok bunga-bunga yang mekar banyak. Aku fikir nak tengok bunga banyak mestilah kena pergi taman bunga ye tak. Aku search la kat internet haa ada pon satu tempat yang berdekatan ngan tempat kami berdasarkan Google maps wilayah Haidian juga. Niat nak tengok juga pokok buah peach yang ranum tapi sekarang bukan musimnya lagi mungkin seminggu lagi kot.



BEIJING BOTANICAL GARDEN


Pagi-pagi kami dah gerak tetapi adik shahid and the gang memang tak boleh ikut sebab diorang sekarang ada kuliah so kami pergi bertiga bersama tour guide. Semasa dalam perjalanan ternampak ladang strawberry dan kehijauan.



ketepi ketepi aku nak beli tiket


nie dia tiket masuk boleh la enjoy tengok bunga
beratur ye adik-adik jangan nakal-nakal



apabila sampai tour guide kami tunggu di parking park pastu kenalah beli tiket dewasa 10 yuan dan kanak-kanak 5 yuan gugup juga aku nak beli tiket sebab aku mana tahu berbahasa mandarin just tengok nombor je lah kt papan tanda kaunter. Rata-rata pengunjung di sini adalah golongan orang tua dan kanak-kanak rebina sekolah sedang membuat lawatan. Terngiang-ngiang diorang orang china cakap Malaysia atau Thailand. Agak asing jalan-jalan kat sini memandangkan orang-orang muda remaja tidak ke sini haha.



deretan bunga tulip berwarna-warni


putih putih tulip merah merah delima






nie dia kalau masuk jumpa nie dulu








lawa kan


tah bunga ape ek macam sakura
papan tanda guide kitorang


Apabila masuk di dalam aku dapat melihat banyak bunga yang mekar ros, tulip, dan lain-lain.Tapi tulip la mendapat perhatian aku sebab banyak dan berwarna-warni ada hitam, merah, ungu, kuning, oren dan banyak lagi. Lagipun memang rare la tanaman ni kat malaysia jarang dijumpai. Tempat ini memang popular bagi kaki foto denga DSLRnya ramai yang melampiaskan nafsu berfoto haha.



fokus kat aku ye abaikan amoi belakang :P


sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenangan

Guna bahasa isyarat je kalau nak mintak tolong orang tangkap gambar kita mesti diorang faham. Lain kali aku kena belajar bahasa asing senang sikit..hoho


air bertakung la x gerak
bergambar dulu


suasana nyaman




lagi qayyum bersama sony nya di tasik taman botani
shahid sedang berehat

kami pon berjalan-jalan sekitar nampak tasik landscape yang cantik sementara menunggu adik shahid habis kelas..



bergambar sebelu nak balik :D

NIUJIE

masjid Niujie

Selepas puas jalan-jalan kat taman botani tiba masanya kami pergi Niujie, salah satu wilayah penempatan Islam Hui masih kekal di Beijing klik sini. Di situ ada satu masjid tertua di Beijing iaitu Masjid Niujie klik sini.

sekitar Bandar Niujie


bandar majoriti Islam


rasa lapar la pulak so kami pergi ke food court di sekitar bandar Niujie. Food court yang kami datang ini ada 2 tingkat di bahagian bawah kedai runcit yang menjual pelbagai jenis makanan Halal, manisan, barangan runcit dan sebagainya. Di atas pula ada food court menyediakan pelbagai jenis juadah Halal. Shahid makan mee Tarik hari ini katanya nak try rasa mee yang original dari Beijing hehe aku dan Qayyum makan nasi je bagi tahan sampai petang haha.



mee tarik


sekitar food court



inilah makanan aku ayam dengan sayur


pau dan dim sum aku inti daging




Sedap jugak makanan dia nie seperti nasi campur di Malaysia. Sebut pasal Malaysia rindu juga masakan ibu haha. Perut pon da kenyang boleh la gi sembahyang dengan tenang :D


MASJID NIUJIE


Waktu solat zohor sudah pon masuk apa lagi jom solat.. kami solat di Masjid Niujie di depannya ramai peminta sedekah warga tua yang meminta sumbangan ikhlas pada setiap orang yang solat di sini. Sungguh sadis kerana kebajikan penduduk Islam.... kami masuk masjid tak tahu di mana tempat wuduk mujurlah adala brother dari Arab menunjukkan arah ke tempat wuduk. syukran jazilan



bahagian dalam masjid


dihiasi dengan seni tradisional orang cina


memuatkan ramai jemaah terutama solat jumaat


ruang luar masjid


sebelah masjid

Alhamdulillah selesai urusan solat jamak qasar kami pon duduk di luar bangunan Masjid untuk rehat-rehat..  
Tak lama kemudian datang pakcik tua cakap Bahasa mandarin cakap cetukar cetukar ingatkan apa tadi rupanya dia mahu tukar matawang ringgit Malaysia aku pon tukar lar duit dia pecah-pecah dia nak tukar jd RM50.. haha

sje lepak jap

dengan pakcik certukar certukar

masa kami nak balik terlihat la satu rombongan pelancong dari Malaysia.. kami cuba la menegur mereka ada yang ramah ada yang macam sombong seolah-olah tak mengendahkan kami.. mungkin tak biasa ngan orang malaysia sendiri sebab asyik berjalan je...kami cuma nak bertegur sapa demi untuk ukhwah itu sahaja bukan untuk menagih simpati atau untuk meminta sedekah. Sepanjang perjalanan di beijing hampir seminggu kami belum lagi la jumpa orang dari Malaysia, ingin jugak nak berkongsi pengalaman sesama kita. Agak malu juga kalau mereka bersifat demikian rupa..

MEMBELI BELAH

HONGQIAO MARKET




inilah tempatnya
















masa untuk membeli belah habiskan saki baki duit yuan kat malaysia tak boleh guna dah lagipun nak tukar memang dapat harga murah la adoi


tiba masanya kami pergi ke Hongqiao Market di sini menjual pelbagai barang-barangan tiruan buatan China dari gadjet-gadjet hinggalah baju-baju, harganya sangat murah jika korang pandai nego harga yang penting kena tahan maki baru dapat murah. Market ini terkenal dengan jualan mutiara sehingga mendapat jolokan  "Pearl Market". kelihatan ramai pelancong asing turut membeli barangan murah-murah. Seronok tengok gelagat budak-budak dari US rasanya memeningkan penjual tu haha mereka membeli earphone deuter tiruan dengan harga yang murah.


shahid cuba membelek-belek Samsung tiruan Galaxy S5 sebijik macam original dia gred A boleh nego. Bagi aku tak minat gadjet-gadjet tiruan ni bukan berlagak tapi cepat rosak aku nak pakai lama haha. 


Di bahagian atas market ini ada jual pelbagai baju-baju,kain-kain, beg dan sebagainya. aku ternampak kain sutera wah harganya mengikut gred dan mahal sutera China katakan. aku berhasil beli untuk ibuku dan kakakku haha.

Aku sempat membeli tali pinggang,beg dompet kulit jenama Bally dan beg sandang haa satu lagi teh bunga kering. semua harga murah ma.


YONGANLI SILK MARKET

Yonganli Silk Mall


interior dalaman mall yang kemas


mall mall walaei


belakang Yonganli Mall

satu lagi mall tempat untuk membeli barangan yang murah yang kami tuju. Barangan disini kebanyakannya tiruan dan sangat berkualiti.  susunan kedai-kedai di sini tersusun mungkin mendapat nafas baru kot hehe. Disetiap kedai terpampang "no bargain" tak boleh tawar menawar tapi boleh je tawar menawar ayat kena manis ma lagi-lagi pelancong Malaysia yang terkenal dengan sifat minta tawar-menawar.





aku tak lepaskan untuk membeli untuk sahabat handai cenderamata dari Beijing fridge magnet keychain dan sebagainya. Aku turut tawar-menawar untuk mendapat harga yang murah. Satu insiden yang aku tak boleh lupa keychain aku tercicir banyak juga dan tambahan pula ada satu keychain yang paling bernilai kat aku keychain dengan terukirnya nama aku mengatakan aku pernah mendaki tembok besar china turut tercicir sedih pedih.... tinggal lah beberapa sahaja cenderamata untuk sahabat :( bagi yang tak dapat jangan bersedih "la tahzan" ti ana kasi lagi satu lah jika ana melancong lah :D


takpe lupakan benda yang lama nanti ada rezeki pergi lagi InsyaAllah :D.. dah berjam-jam lama duk sini jom lah balik haha


HOTEL


Setelah kami pulang ke hotel, kami touch kad ke pintu jeng-jeng pintu tak boleh dibuka lalu kami terus pergi ke lobby untuk bertanya kenapa pintu tak boleh buka using simple english je last-last akak hotel tu cakap sepatutnya pukul 2 petang tadi kami checkout. Terdapat kesalah fahaman sekarang ingatkan kami checkout 23/4 pukul 2 patut lah murah daripada harga yang dah dikira di Malaysia. hoho berjam-jam gak la tunggu dan sampai adik Shahid datang untuk settle last-last ada 2 option amik barang kemas-kemas terus checkout tak payah bayar tapi kena cepat apa-apa atau bayar check out esok. So kami fikir masak-masak malas nak kelam kabut nanti dan menyusahkan orang kami bayar lah haha duit da abis 281 yuan semalam kongsi 3 orang nasib baik tak mahal haha




MALAM : TAILONG TAI LAI SHUN RESTAURANT, HUALIAN MALL


Malam ini sekali lagi ditemani oleh Afiq dan rakan-rakan untuk bersantap hidangan yang dinanti-nantikan iaitu Itik Peking. Betul-betul holiaw sekiranya nak makan itik Peking ni kena lah dulu membuat tempahan sebab pemintaan itik Peking ini terlalu tinggi kebiasaan orang China nie memang suka makan besar..

aku dan rakan lama dan baru sedang mencekik


itik Peking 


menjadi pengalaman bagi akulah sebab first time makan itik Peking peh sedap daging yang begitu lemak dan sedap dimakan dengan sos manis, sayur dan di balut dengan kulit popia. Kami turut dihidangkan dengan semangkuk nasi untuk makan itik peking goreng pulak.


kami beramah mesra dengan rakan-rakan baru bertanyakan soal akademik mereka, sukan, pengalaman mereka disini sungguh sempoi diorang nie :D ada yang berasal dari kelantan, Melaka, Kedah, Terengganu, dan Johor.. ish perak mane atenye.. rata-rata umur diorang ini masih muda lebih kurang la cam aku :p umur 21 tahun hehe pesan abang-abang kat sini satu je "Belajarlah rajin-rajin"


TERIMA KASIH kepada Afiq dan rakan-rakan kerana meluangkan sedikit masa pada malam ini tenyata "Korang Memang Sempoi Belaka"



geng Scoot Beijing

Kami sempat bergambar ramai-ramai di perkarangan Hualian Mall bagi hari terakhir di sini sebelum pulang ke tanah air jam 2.00 pagi nanti.. setelah itu pulang kami dieskot pulang hotel menaiki scoot elektrik diorang aku berpeluang naik scoot elektrik bawak sampai ke hotel Thanks Ikhwan memberikan aku bawak walaupun seketika :DD


kami terus berkemas-kemas untuk pulang check apa yang patut :D



bersambung part 7 (akhir di beijing)






6 comments:

  1. haha silakan baca setiap hari :D

    ReplyDelete
  2. Beijing shall be our next family destination, and thanks to your exciting entry and travel guide here.... ooopsss... I've promised my kids Korea....

    ReplyDelete
  3. welcome dr. Zue..hehehe Beijing is must place to be visited and great emperor history... however most suitable season to be visited is autumn and spring.. winter time so much cold and dry it may find Beijing's weather extremely inhospitable.. hehe Korea best jugak :D

    ReplyDelete